nuffnag ads

9 Jun 2013

crem caremel





cream caremel




Bahan-Bahan:

Bahan untuk puding:
6 biji telur
1 tin susu sejat
1 tin air
1/2 cawan gula pasir
1 sudu teh esen vanilla.

Bahan untuk sos:
1/2 cawan gula pasir
Sedikit air.

Cara penyediaan:

Sos (Caramel):
hanguskan gula dengan sedikit air.
kemudian tuang dalam loyang.
biarkan.

Penyediaan puding:
Pukul telur sehingga kembang.
Setelah itu masukkan gula,susu sejat dan air.gaul sebati
Masukan adunan ke dalam loyang sos (caramel) dan kukus selama 25 minit.
Bila dah masak, sejukkan sebentar dan simpan di dalam peti sejuk.
Bila dah betul-betul sejuk, baru keluarkan dari loyang.
...Sedia untuk dihidangkan..

* Semasa mengukus, ikat tutup pengukus dengan kain supaya wap tidak jatuh di atas puding.






kek batik




Bahan bahan 

1.1 bungkus besar biskut marie perasa original - dipthkn 2 atau 3
2.1/2 tin besar susu pekat
3.180 gm butter 
4.1/2 cawan milo
5.1/3 cawan air panas  ( aida ganti dgn susu segar)

Cara cara

1. masukkan bahan 2 - 5  kedalam kuali - masak dengan api yang perlahan sehingga semuanya sebati dan sedikit pekat.. tutup api.
2. dah pekat, Masukkan biskut kedalam kuali, gaulkan sehingga sekata.
3. Alihkan adunan kedalam loyang / bekas / tuppware yang telah disapukn butter dan tekan sehingga betul betul padat.. ( gunakan plastik untuk menekan adunan supaya tak lekat ditangan). Simpan dalam peti sejuk 1 - 2 jam.
4. Keluarkan dari loyang & potong.. 

SIAP ..dah boleh dimakan. Selamat Mencuba





mini piza


resipi kali ni adalah .....
mini pizza ..!




Bahan-bahan 

  • 3 cawan tepung gandum
  • 2 sudu yis
  • 2 sudu susu pekat
  • 3 sudu gula
  • sedikit garam
  • 1 biji telor
  • 60 gram butter
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil dought softener
  • 1 bungkus sosej

Cara-cara

  1. bancuhkan gula dan yis ke dalam 1/2 cawan air suam selama 15 minit..
  2. campurkan ke semua bahan.. masukan yis dan butter. bentukan menjadi doh jika melekat tambahkan tepung uli lagi dan biar 45 minit
  3. bentukkan doh letak sosej mengikut cara anda. boleh juga letak bahan lain seprti isi ketam. nenas atau apa saja.
  4. tinggalkan sekejap dan bakar 20 minit pada suhu 180 c

cupcake red velvet



hye .. entry kali ni tentang resipi kek cawan red velvet


bahan kering :

  • 2 1/2 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan gula ising
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1/2 cawan serbuk koko (gunakan koko berkualiti supaya kek lebih sedap lagi)
bahan bahan basah 
  • 2 biji telur
  • 1 1/2 cawan minyak (minyak jagung @ minyak sayuran @ minyak canola)
  • 1 cawan buttermilk (1 cawan susu + 1 sudu besar cuka putih @ jus lemon)
  • 1 sudu kecil perisa vanila
  • 1 sudu kecilcuka putih
  • 1 sudu besar pewarna merah
bahan krim keju
  • 125gm krim keju
  • 1/2cawan mentega(lebih sedap guna mentega tanpa garam)
  • 1/2 sudu gula ising
  • 1 sudu besar perahan lemon
cara-cara
  1. panaskan oven pada suhu 180 darjah celsius
  2. ayak bahan kering
  3. pukul semua bahan basah menggunakan mesin adunan hingga kembang dan sebati
  4. masukkan bahan kering ke dalam adunan bahan basah-gaul hingga sebati menggunakan mesin adunan dengan kelajuan perlahan
  5. masukkan adunan dalam acuan kertas cawan,bakar selama 18-20 minit
  6. bagi membuat lapisan krim keju di atas cupcake, pukul semua bahan sehingga sebati.
    letakkan krim apabila krim sudah masak dan disejukkan ..
SIAP! 

~ selaaMat menCubA ~

8 Jun 2013

kek coklat..????



Bahan bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil baking soda
3/4 ( tiga suku cawan) minyak masak
1 cawan gula
1 cawan air suam
1/2 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko ( adian guna serbuk koko jenama van hauten)
3 biji telur
beberapa titik esen vanila



*Untuk Topping dan Hiasan*
1/2 bar coklat masakan di campur dengan 2 sudu besar butter, 1/2 sudu besar gula halus dan beberapa titik esen vanila. guna kaedah double boiler, kemudian curah pada kek yang telah sejuk dan taburkan coklat rice diatasnya.



Cara-caranya
1. Ayak tepung gandum bersama, serbuk koko,  baking powder dan baking soda, ketepikan. Panaskan pengukus.

2 Dengan menggunakan mixer, pukul telur hingga berbuih dan masukkan gula, pukul lagi sehingga kembang dan gula hancur.

3. Masukkan pula tepung yang siap di ayak tadi, sedikit demi sedikit berselang seli dengan air suam, kacau menggunakan senduk kayu atau spatula, kemudian masukkan pula esen vanila, susu pekat dan minyak masak, kacau sebati. jangan over mix, gunakan kaedah kaup balik.

4. Alaskan acuan bulat atau petak berukuran 20cm dengan baking sheet, curahkan adunan di dalam acuan  dan tutup permukaan acuan dengan alumunium foil bagi mengelakkan air jatuh di atas permukaan kek dan kukus selama 1 jam ke 1 jam 30 minit, sejukkan,




~SELAMAT MENCUBA~

11 Januari 2013

kuih topi




urm .. korang tau tak pasal kuih topi atau kuih cucur atau juga di kenali sebagai Mexico Hat ..  korang mesti dah tau sebab ape kuih ni diname kan kuih topi kan ? ha! betuk nye p0n macam t0pi kan ..




kuih nie biasa nye ada kat Negeri Kelantan ..urm ,.. yang tak tau mesti tak pernah makan  kan ,,,,??ha?! nak tau sedap ke tak? ha! kalau nak tau sedap ke tak .. korang kene lah cube buat kuih nie .. hahaha *_^


BAHAN-BAHAN
2 cawan tepung gandum
1 cawan tepung beras
1 cawan gula pasir
1 cawan gula merah(kalau suke manis)
sedikit garam
2 cawan air - lebih kurang lah

cara cara
campurkan semua bahan. gaul sebati







oke ..dah siap .... selamat mencuba..