BAHAN-BAHAN:
250ml santan pekat *daripada satu biji kelapa
200ml air
150gm gula melaka
2 sudu besar gula pasir
1/2 biji kelapa parut *putih sahaja
1/2 sudu teh garam
daun pisang *dipotong
BAHAN (A):
300gm tepung pulut
240-250ml air
3 sudu makan tepung gandum
1/2 sudu teh garam
CARA-CARA MEMBUATNYA:
1. Santan pekat didihkan atas api yang sederhana hingga keluar minyak.
2. Satukan air,gula melaka dan gula pasir dalam periuk. Didihkan hingga gula larut.
3.Masukkan kelapa parut dan garam. Kacau lagi hingga kering. Sejukkan inti ini.
![]() |
| inti koci |
5. Kemudian letakkan bebola ini di atas sekeping daun pisang dan Bungkus dengan kemas.
6. Kukus kuih koci ini dalam pengukus yang telah dipanaskan selama 15-20 minit.
Diharap resepi kuih koci yang tertera di atas dapat membantu anda menghasilkan kuih koci yang seperti mana anda inginkan.















.jpg)







