nuffnag ads

27 Mac 2014

tat telur


BAHAN-BAHAN:
Bahan Kulit Pastri:
  • 125gm mentega
  • 125gm gula
  • 1 biji telur ayam
  • 250gm tepung gandum
Bahan Adunan Telur:
  • 200ml susu sejat
  • 75gm gula pasir
  • 3 biji telur ayam
  • 20gm tepung gandum

CARA MEMASAK:
1 Untuk menyediakan kulitnya, gaulkan kesemua bahan hingga menjadi doh dan sejukkan di dalam peti sejuk selama 10 minit.
2 Masukkan doh ke dalam acuan tat dan tekan pada acuan
macam nie!





3 Untuk adunan telurnya pula, campurkan kesemua bahan dan kacau hingga sebati.
4 Kemudian tuangkan adunan di dalam acuan tat dan bakar selama 20 minit dengan suhu 180 °C.
dah siap.


karipap nenek



 hye...this recipe from my nenek.. 


Inti:
1 biji keledek/kentang saiz besar 
1/2 gengam daging atau isi ayam
2 sudu besar udang kering
2 sudu besar serbuk kari
1 sudu besa cili kisar
garam

Cara cara:
1. Potong dadu keledek dan rendam dalam air, blend udang kering dan ikan bilis hingga hancur, ketepikan.       Panaskan minyak dan tumis cili kisar, dan pes serbuk kari hingga garing.
2. Kemudian masukkan bahan yang di blend tadi dan kacau sebati, akhir sekali masukkan keledek dan 1           cawan air, kacau selalu dan biarkan keledek empuk, sesuaikan rasa, masukkan garam, setelah masak dah         inti agak kering, tutup api dan sejukkan.

inti dah siap!


Bahan bahan:

500g Tepung
50g Tepung Beras
50g Tepung Ubi
1 sudu besar Gula
1 sudu teh Garam
2½ sudu besar Majerin cair
¼ cawan Minyak panas
Air ais secukupnya 

Cara cara:
1. Campurkan kesemua bahan kering.
    Tuangkan minyak panas & gaul rata.
    Tuangkan air sedikit sedikit sehingga membentuk doh lembut.


2. Bahagi doh kepada bebola kecil.
    Leperkan & isi dgn inti tadi




buat hingga siap


yang kanan tu cobaan pertama, maklumlah baru belajar :)


3.Goreng dengan minyak sehingga garing.


siap! selamat mencuba


apam beras


hye.. salam sejahtera..! hari ni saya amat teruja nak kongsikan resipi apam mekar ni..! sebab mekarnya cantik sangat.. dulu masa kecil saya memang tak suka apam tang mekar sebab.. nampak macam buruk .. tapi sekarang nampak cantik pula.. sampai sayang nak masuk mulut..



Bahan-bahannya. 
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dengan sedikit garam
Cara-cara 
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain (untuk elakkan wap jatuh dalam apam..)
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..





Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.~


kek lemon




BAHAN-BAHAN

260 gm tepung kek*blue key
200 gm gula castor
230 gm butter -suhu bilik
4 biji telur size A(kalau tak guna saiz A p0n takpe)
1 sudu kecil esen vanila
1 biji buah lemon -parut kulitnya dan perah jusnya (jangan sampai terparut kulit putihnye,nanti pahit)

CARA MEMBUATNYA :
1-Panaskan oven pada suhu 180'C . Parut kulit sebiji buah lemon sampai nampak kulit putih dan perah ambil jusnya . Ayak tepung bersama baking powder.
2-Pukul gula bersama butter sehingga menjadi ringan , gebu dan bertukar menjadi warna pucat . Masukkan telur sebiji demi sebiji dan terus pukul sehingga sebati . Masukkan parutan kulit lemon serta esen vanilla.
3-Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan gaul semua bahan kemudian masukkan jus lemon sedikit demi sedikit . Gaul hingga sebati.  Tuangkan adunan kek ke dalam loyang. Masak untuk 45 minit hingga 1 jam.

Sediakan TOPPING LEMON FROSTING
1 cawan gula icing
2 sudu besar jus lemon- Gaulkan gula dengan lemon jus

Sediakan pula TOPPING CREAM CHEESE:
200gm cream cheese
1 cawan gula icing
1 sudu kecil jus lemon
*Pukul cream cheese bersama gula secukup rasa sehingga kembang dan menjadi gebu sebati kemudian boleh la di sapu ke atas kek yang telah pun sejuk.

Selamat menikmati Kek Lemon yang sedap.....yummyyyy...... :-)