nuffnag ads

27 Mac 2014

apam beras


hye.. salam sejahtera..! hari ni saya amat teruja nak kongsikan resipi apam mekar ni..! sebab mekarnya cantik sangat.. dulu masa kecil saya memang tak suka apam tang mekar sebab.. nampak macam buruk .. tapi sekarang nampak cantik pula.. sampai sayang nak masuk mulut..



Bahan-bahannya. 
  • 2 cawan nasi
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 cawan tepung beras
  • 1 1/2 cawan gula pasir
  • 2 1/2 cawan air
  • 2 sudu kecil yis (mauripan)
  • kelapa parut dengan sedikit garam
Cara-cara 
  1. Blend nasi dan air sehingga hancur (masukkan air sedikit-sedikit..blend sampai halus)
  2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya dan blend sehingga sebati.
  3. Dalam bekas lain,satukan tepung gandum,tepung beras dan yis.
  4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi ke dalam bekas tepung. Kacau sehingga sebati.
  5. Perap selama 2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya dengan kain (untuk elakkan wap jatuh dalam apam..)
  7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.
  8. Masukkan dalam acuan kecil dan kukus selama 15 minit..





Hidang bersama kelapa yang telah di gaul dengan sedikit garam..atau enak dimakan begitu saja.~


Tiada ulasan: