Oleh: EDITORIAL RASA
BAHAN-BAHAN:
- 6 biji cendawan Shiitake putih | dicincang halus
- 6 biji cendawan Shiitake perang | dicincang halus
- 40ml krim masakan
- 200ml susu penuh krim
- 1 sudu teh stok ayam
- ½ sudu teh serbuk lada hitam
- 1 ulas bawang putih | dimayang halus
- 1 ulas bawang merah | dimayang halus
- 1 sudu makan minyak zaitun
CARA MEMASAK:
1. Tumis bawang putih dan bawang merah dengan minyak zaitun di dalam periuk sehingga wangi.
2. Kemudian, masukkan cendawan shiitake putih dan perang. Kacau sebentar.
3. Selepas itu, masukkan stok ayam, lada hitam dan daun kemangi. Kacau lagi.
4. Masukkan susu dan krim masakan, kacau sebati. Masak dengan api kecil hingga mendidih sedikit.
5. Perasakan dengan garam secukupnya. Sedia dinikmati


Tiada ulasan:
Catat Ulasan